Monday, July 29, 2013

SALAM RAMADAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ  وَبَرَكَاتُهُ 

K
ami Pegawai-pegawai kanan KSKM ingin mengucapkan salam Ramadan dan Selamat Hari Raya AidilFitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca-pembaca blog ini khususnya ahli KSKM dan Pembantu Makmal amnya (yang belum jadi ahli). Semoga kehadirannya akan memberi impak positif  kepada diri dan kehidupan KITA, Juga dikurnikaan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan seterusnya memperolehi kesejahteraan serta kebahagian dalam kehidupan.

S
esungguhnya tahun 2013 ini adalah merupakan tahun cabaran kepada kita dengan beberapa perubahan yang telah dan akan dilalui khususnya hal-hal perkhidmatan, perjawatan dan kerjaya Pembantu Makmal (PM) khususnya dan penjawat awam amnya. Antaranya yang boleh dikhabarkan disini ialah ahli KSKM yang berjawatan PAP N1/N4 yang telah bertugas di makmal sains (kini ramai yang telah dimobilisasikan hingga ke SK) yang telah ditawarkan ke jawatan PMC17 seramai 212 orang (sebahagiannya bukan ahli). Ramai di kalangan rakan-rakan PAP N1/N4 kita yang tidak mempunyai SPM tidak berpeluang untuk menjawat jawatan PMC17 disebabkan pihak SPP tidak dapat memperakukannya kerana ketiadaan SPM. Namun begitu KSKM sekali lagi terus  melalui MBK S & T dan KPM melampirkan seramai 571 calon-calon ini untuk diberi tawaran Option Tukar Lantik atau dengan kata lain memohon untuk mendapatkan ‘Tukar Ganti Lama Perkhidmatan’ di makmal sains (15 tahun ke atas) dengan kelayakan SPM. Harapan kita penutup 2013 ini akan memberi harapan kepada rakan-rakan PAP N1/N14.

K
ealpaan , ketidakperihatinan atau mungkin terlepas pandangan oleh pihak pentadbir sekolah, kolej dan IPG menyebabkan 62 orang PMC17 terlepas untuk menikmati KUP pada masa genapnya perkhidmatan mereka 15 tahun. Info yang kami terima minggu lepas (26.7.2013) seramai 62 orang ini telahpun diluluskan KUPnya. Kini surat tawaran tersebut telahpun dikeluarkan dan harapan kita ianya selesai Ogos/September ini. Sesungguhnya setiap perjuangan tidak semestinya boleh diperolehi dalam jangkamasa yang pendek atau diterima secara tiba-tiba tetapi ianya memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Justeru, beberapa perubahan ataupun pengumuman dijangka berlaku pada bulan Oktober/November 2013 ini berhubung dengan skim perkhidmatan dan elaun kakitangan awam berikutan kajian semula 81 skim perkhidmatan sedang ditambahbaik walaupun beberapa insentif seperti kenaikan KGT diawalkan dan Bayaran Khas RM500 yang telah dan bakal dilaksanakan. Apa yang penting kita harus bersyukur, istiqamah dan berterima kasih kepada kerajaan atas kurniaan ini.

M
asa depan perkhidmatan Pembantu Makmal harus menjadi satu agenda yang perlu kita fikirkan bersama. Untuk itu bagi memantapkan KSKM penubuhan Yayasan Kumpulan Makmal Sains [YKMS] yang dilhamkan akan diwar-warkan ke seluruh pelusuk kedudukan setiap Pembantu Makmal di bumi Malaysia ini yang berjumlah hampir 10,000 orang menjelang tahun 2014. Aspek latihan, pendidikan, kebajikan agama dan sosial akan menjadi teras kepada agenda YKMS. Apa yang penting KERJASAMA yang KUKUH, dan PERPADUAN, akan menjadi asas KEMAJUAN untuk semua.

KERJASAMA, KUKUH, MAJU

Ikhlas dari Pegawai-pegawai Kanan KSKM

Kuala Lumpur.

1 comment:

  1. Salam Aidil fitri...semoga yg diusahakan mdpat kejayaan.... Dan sentiasa bsyukur diatas rahmatnya.....

    ReplyDelete