Monday, April 29, 2013

PENGHURAIAN TUGAS PEMBANTU MAKMAL

Bahagian Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM] telah menyediakan Senarai Tugas bagi Pembantu Makmal Gred C17, C22 dan C26 di sekolah-sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru  Malaysia [IPGM].

Penghuraian tugas Pembantu Makmal merupakan panduan pelaksanaan kerja yang seragam untuk diguna pakai oleh semua Pembantu Makmal di sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru  Malaysia [IPGM]. Ia mengandungi standard operasi kerja yang perlu dilaksanakan oleh semua Pembantu Makmal dan ekspektasi Ketua Jabatan/Stakeholders dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan makmal, peralatan dan bahan kimia di makmal sains.

Dengan adanya panduan seperti ini sekaligus dapat menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit yang dihadapi oleh sebahagian besar Pembantu Makmal seluruh Malaysia yang selama ini berbeza standard [SOP / MPK] mengakibatkan ramai Pembantu Makmal yang tersasar dari 'core bussiness' tugasan sebenar Pembantu Makmal. 

Terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya kepada 'Team SUB & TSUB serta unit Dasarnya yang selama ini telah melalui beberapa siri perbincangan bersama Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal [KSKM]. Tidak lupa juga kepada mantan Pegawai KPM, Encik Asmawi yang banyak membantu KSKM. Harapan KSKM agar dokumen ini akan memberi rujukan, kefahaman dan dapat diguna pakai oleh semua khususnya kepada Pentadbir-pentadbir Sekolah dan Ketua-ketua Jabatan. 

Skop tugas Pembantu Makmal secara ringkas meliputi aspek berikut :-
  1. pengurusan makmal sains
  2. penyediaan dan pengendalian bahan serta peralatan sains
  3. penyenggaraan dan penyelenggaraan peralatan sains; dan
  4. pengendalaian amali sains dan pengurusan aset/stor di makmal sains
Huraian tugas Pembantu Makmal ini berkuat kuasa pada 2 Mei 2013. Ianya telah diedarkan kepada semua semua Ketua Jabatan Bahagian Kementerian, Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Semua Pengarah IPGM, Semua Pengarah Kolej Matrikulasi dan  .KSKM.  Mohon semua Pembantu Makmal ambil perhatian. Salinan akan dihantar kepada semua Setiausaha KSKM Cawangan melalui emel tidak lama lagi.

Presiden, Setiausaha Agung dan Pegawai-pegawai Tertinggi
Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal [KSKM]
Kementerian Pendidikan Semenanjung Malaysia
Kuala Lumpur.
28 April 2013

4 comments:

  1. boleh x email kt saye sb sekolah saya xdpt pom surat...
    aisya_ieda86@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. saya pun nak jgk. sampai ke hari ni xdpt2 pun.
    pokdeez@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. boleh email kat saya jugak
    princedamien_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. mohon emailkan pada saya kerana saya bertugas di ipg. azreenirniyusnida@gmail.com

    ReplyDelete