Thursday, November 15, 2012

SALAM MAAL HIJRAH DAN CUTI PANJANG DAH BERMULA

Musim cuti persekolahan sudah bermula. Banyak perancangan kerja perlu dibuat dan dilaksanakan pada musim cuti ini samada kerja-kerja pengurusan stok dan keceriaan harus dilakukan oleh warga pelaksana makmal khususnya di sekolah. Inilah masanya untuk kita pertingkatkan kemahiran pengurusan di makmal sains. Tak perlu ditanya apa yang perlu dilakukan tetapi harus memikirkan apa yang belum, sedang dan akan dilaksanakan. Elakkan diri dari berada dalam kelompok fantasi atau melakukan kerja-kerja yang tak sepatutnya dilakukan. (Harap Faham apa maksudnya) Cuba ambil sedikit masa seketika untuk bercuti bagi menghilangkan rasa stress selepas 10 bulan 1 minggu 3 hari  bekerja. Dan selepas pulang mulakan langkah dengan meningkatkan lagi prestasi dan 'muhasabah kerja' bagi baki 1 bulan setengah ini. Jadikanlah makmal-makmal kita yang sepatutnya dijadikan makmal supaya pelajar-pelajar kita tahun depan berasa kondusif dan teruja untuk berada DI MAKMAL dan menjalankan P & P dengan seronok.  Musim-musin cuti beginilah sahabat-sahabat kita akan mula 'digeleparkan' dengan tugas-tugas yang tak sepatutnya dilakukan. Justeru Pihak kita telah dimaklumkan oleh Naziran Perjawatan KPM untuk mengenalpasti mana-mana lokasi yang telah mengalihkan 'core bznss' PM secara mandatori dan berterusan dari lokasi yang sepatutnya kita berada. Dengan kata lain mohonlah dapat kiranya Sdra/Sdri maklumlah kepada kita melalui email kita kskmmalaysia@gmail.com dan salin lah kepada tok_arai@yahoo.com. Kalau Sdr/Sdri ada berani terus sahaja respond di blog ini. SALAM MAAL HIJRAH DARI KAMI PEGAWAI KANAN KSKM
Terima kasih.

Thursday, October 25, 2012

SALAM AIDIL ADHA

Selawat dan salam dipersembahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, juga kepada keluarga, sahabat dan pengikut-pengikut baginda kesemuanya.

Assalamualaikum WarahmatullahitaalaWabarakatuh, dan Selamat sejahtera.

Sebagaimana lazimnya, kaum muslimin dan muslimat di Malaysia dan di seluruh dunia, bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha apabila para jemaah bakal haji berwukuf di Padang Arafah, di tanah suci Mekah, bermula dari tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijah hingga terbit fajar 10 Zulhijah sambil mengerjakan amal-amal yang makruf. DAN Esok merupakan Hari Raya Aidil Adha kepada umat Islam seluruh dunia. Bagi mereka  yang berada di Tanah Suci ianya pasti teruja dan 'tak ternilai saat ketika menjadi tetamu Allah'. Tahun 2012 ini, tarikh bakal-bakal haji wukuf di Padang Arafah adalah pada Jumaat, 26 Oktober. Ia bermakna, kita di Malaysia menyambut Hari Raya Haji atau AidilAdha pada tarikh tersebut. Di kesempatan ini, kami pegawai Kanan KSKM, dengan tulus dan ikhlas, mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidiladha” kepada kaum muslimin dan muslimat... Moga2 mereka termasuk sahabat-sahabat kita yang berada di Mekah akan melengkapkan Rukun Islam ke5 dan pulang dengan Haji Mabrur. Bagi kita yang masih belum berkesempatan untuk menjadi tetamu Allah berharap akan menjejaki mereka suatu masa nanti. Insyallah. Dikesempatan ini marilah kita bersama-sama menghayati prinsip dan intipati Qurban dan Pengorbanan. Moga2 kehadiran Aidil Adha ini akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kecintaan kita kepada ALLAH SWT. Namun yang paling penting ialah ISTIQAMAH terhadap pengorbanan yang  TELAH dan  AKAN kita lakukan.                                                    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Dari kami Pegawai Kanan KSKM.
25 Oktober 2012

Thursday, September 13, 2012

PENERANGAN TENTANG FUNGSI KAD EKSKLUSIF


KAD KEAHLIAN EKSKLUSIF

Kad keahlian Eksklusif yang akan dikeluarkan oleh Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal adalah kad pintar dimana ia mempunyai KOD QR.

Kod QR adalah alat yang akan menghubungkan ahli dengan pihak kesatuan dimana Segala maklumat terkini serta perkembangan KSKM boleh dirujuk kepada satu sumber iaitu blog KSKM dan facebook KSKM. Kini segala maklumat berada di hujung jari anda.

Hanya perlu mengimbas kod tersebut mengunakan telefon bimbit anda dan anda akan dihubungkan kepada website yang tertera ataupun laman sosial yang telah ditetapkan

Dengan ini pihak kesatuan telah melangkah setapak kehadapan dari sudut teknologi dan dalam menjaga kebajikan para ahli.


Disamping itu, pihak KSKM juga sedang mengedarkan kad keahlian sementara bersama dengan borang maklumat ahli kepada setiap ahli di seluruh negeri.

KAD KEAHLIAN SEMENTARA

 

Tuesday, August 28, 2012





SALAM AIDIL FITRI DARI PEGAWAI-PEGAWAI TERTINGGI KSKM


Pegawai-pegawai TERTINGGI KSKM dan Pegawai-pegawai Kanan di peringkat Cawangan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Semoga tahun Hijrah 1433 -1434 pada tahun 2012 ini akan menjadikan kita sebagai insan yang bertakwa, istiqamah dan mengasihani sesama insan. Dengan kehadiran bulan-bulan yang mendatang kita harapkan beberapa perubahan ke arah kebaikan samada dalam perjawatan dan perkhidmatan kita akan memberi impak positif dalam bidang pekerjaan kita.
Apa yang penting KERJASAMA kita tetap KUKUH dan bertambah MAJU. Tiada jalan singkat untuk sampai ke sesuatu destinasi, tiada tuntutan boleh diperolehi serta merta tetapi perjalanan dan perjuangan tetap melibatkan masa dan ‘langkah demi langkah’ demi menuju matlamat bersama. Buangkan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri sebaliknya tanamkan sifat-sifat mahmudah barulah nanti kita akan dihormati samada kawan atau lawan.  Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas dari, Pegawai-pegawai Tertinggi dan Majlis Jawatankuasa Agung

Monday, April 16, 2012

TEMUDUGA KHAS PAP KEPADA PEMBANTU MAKMAL C17 OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP).







Sesi temuduga Khas PAP ke Pembantu Makmal C17 (bertugas dimakmal) yang mohon secara online melalui Sekolah akan diadakan mulai minggu hadapan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), kepada yang telah mendapat surat pangilan temuduga, permohonan sebanyak 2,100 lebih, tapisan akhir hanya 900 yg layak. Ini adalah salah satu usaha KSKM Pusat beberapa tahun lepas untuk membantu PAP yang telah lama bertugas di Makmal Sains.

Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Majlis Tertinggi KSKM Pusat mengucapkan Tahniah buat semua yang layak dipanggil temuduga, semoga berjaya.