Thursday, September 13, 2012

PENERANGAN TENTANG FUNGSI KAD EKSKLUSIF


KAD KEAHLIAN EKSKLUSIF

Kad keahlian Eksklusif yang akan dikeluarkan oleh Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal adalah kad pintar dimana ia mempunyai KOD QR.

Kod QR adalah alat yang akan menghubungkan ahli dengan pihak kesatuan dimana Segala maklumat terkini serta perkembangan KSKM boleh dirujuk kepada satu sumber iaitu blog KSKM dan facebook KSKM. Kini segala maklumat berada di hujung jari anda.

Hanya perlu mengimbas kod tersebut mengunakan telefon bimbit anda dan anda akan dihubungkan kepada website yang tertera ataupun laman sosial yang telah ditetapkan

Dengan ini pihak kesatuan telah melangkah setapak kehadapan dari sudut teknologi dan dalam menjaga kebajikan para ahli.


Disamping itu, pihak KSKM juga sedang mengedarkan kad keahlian sementara bersama dengan borang maklumat ahli kepada setiap ahli di seluruh negeri.

KAD KEAHLIAN SEMENTARA

 

1 comment:

  1. Assalamualaikum...KSKM MALAYSIA dan SALAM 1 MALAYSIA...

    Saya Nurhamizah, Pembantu Makmal dari SMK Paya Pulai, saya nak bertanyakan mengenai KAD EKSKLUSIF..saya sudah memohon dari bulan 12/2012,sampai sekarang tiada apa-apa penerimaan kad yang saya terima,saya sudah beritahu di dalam Konvensyen KSKM Sekolah-sekolah Pahang dan saya ajukan pada EN.Ashaari..beliau berkata tunggu dalam 1 bulan lagi, saya sudah menuggu tapi tiada apa-apa tindakan, sekarang ini sudah 4 bulan, tiada apa-apa tindakan lagi, kalau free saya tidak kisah dapat atau tak, tapi ini berbayar, jadi minta tolong lunaskan tanggungjawab dan amanah dalam pemberiaan KAD EKSKLUSIF, minta kerjasama dari KSKM MALAYSIA..sekiranya tiada apa-apa tindakan, tindakan akan diambil.

    ReplyDelete