Friday, December 23, 2011

PERJUMPAAN DIANTARA JPA DAN CUEPACS DI PUTRAJAYA PADA 23.12.2011 JAM 9.00 PAGI





MAKLUMAT TERKINI DARI MEETING CUEPACS & JPA 9.00 Pagi tadi :


1. JPA berjanji akan mengkaji semua Gred 17 hingga 22 secara menyeluruh.

2. Option Persaraan mesti dihantar sebelum 30.12.2011.

3. Semua di minta tandatangan Option Persaraan itu.

4. Cuepacs dilantik sebagai Pemerhati dalam panel dan markah prestasi 60% bukan lagi 70% kebawah.

5. Perbincangan diantara Cuepacs dan JPA 3 bulan sekali.

6. Sain Option SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012.

KEPUTUSAN UNDI PEMILIHAN PEGAWAI KANAN KSKM PUSAT SESI 2011-2013

Keputusan Pertandingan Jawatan Pegawai Kanan KSKM sempena Persidangan

Perwakilan Kali ke-11 2011 di Hotel Carlton Holiday Hotel, Shah Alam.


a) Presiden: Hamran Ahmad (1,025) dan Anita Nor (90), undi rosak 5

b) Timb Presiden: Fahmi Khamis (581), Anita Nor (290), Zaki Hussain Che Kadir (234), Chan Baba (76), Undi rosak 5

c) Setiausaha: Ashaari Maarof (1032), Azahani Salleh (79) undi rosak 3

d) Penolong SU: Zainal Abu Hasan (785), Anita Nor (340), undi rosak 3

e) Bendahari: Wan Nasir Wan Khalid (899), Sueb Tulus (221), undi rosak 7

PERSIDANGAN DWI TAHUNAN KSKM PUSAT KALI KE 11 @ HOTEL CARLTON HOLIDAYS, SHAH ALAM 16 - 18 DISEMBER 2011






Gambar Ehsan : Hasrin Zakaria



SBPA: " TUNGGU SEHINGGA KAMI JUMPA PM"

Utusan Malaysia
18/12/2011


SHAH ALAM 17 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan skim baru itu.
Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti, pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.
"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.
"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari ini.
SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.
Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.
"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai dengan markah yang baik setiap tahun.
"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya," jelasnya.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.
Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.
"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari ini.

Friday, March 4, 2011

MEMO SETIAUSAHA AGUNG KSKM MALAYSIA SIRI 1 DAN 2 /2011




OPTION TUKAR LANTIK PAP (BERTUGAS DI MAKMAL)

KSKM dalam perbincangan dengan pihak JPA (MBK Sains dan Teknologi) dan Mesyuarat Bersama KPM telah mengusulkan kertas kerja mengenai ‘Option Tukar Lantik’ Pembantu Am Makmal N1/N4 (bertugas di makmal sains). Walaupun perkara ini telah melalui beberapa siri perbincangan, perdebatan dalam mesyuart namun ‘semangat paperwork’ ini dirasakan boleh mencapai persetujuan dan mempunyai justifikasinya (pandangan KSKM) tersendiri. Bagi melengkapkan data/maklumat secara komprehensif dan kolektif dari semua pihak adalah diharapkan sdr/sdri (mewar-warkannya kepada rakan-rakan PAP) dan memberi input tersebut melalui Borang A yang dilampirkan pada atau sebelum 20 Mac 2011.
Sila Download borang tersebut di sebelah ini : Download (Pdf) atau Download (Doc)

Setelah lengkap sila kembalikannya kepada Kesatuan Sekerja kakitangan Makmal di email;
kskmmalaysia@gmail.com atau tok_arai@yahoo.com atau hamran57@yahoo.com atau
(fax) 03-40239208 atau hubungi :
Presiden KSKM : 012-3817805; Setiausaha Agung : 012-6543746/018-2777991
SILA HANTAR MAKLUMAT INI PADA ATAU SEBELUM 20 Mac 2011.



PENGGANTIAN KEPADA PTK


“Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan dan diganti
dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam
menjelang Jun 2011.”
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia
Pembentangan Bajet 2011
PTK dihentikan berkuatkuasa 1 Januari 2011
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13/2010
Sehubungan itu pihak KSKM diminta untuk memberi input kepada kaedah penilaian yang baru,
diterima baik oleh semua (AKS khususnya Pembantu Makmal), sesuai dengan gred dan perjawatan
Pembantu Makmal. Antara lain objektif KPM ialah;
mendapatkan maklum balas dan pandangan semua pihak yang terlibat berkaitan
Penilaian Kompetensi Anggota Khidmat Sokongan;
mencari penyelesaian isu berkenaan Penilaian Kompetensi yang boleh diterima oleh
semua pihak; dan
mendapatkan input ke arah membangunkan kaedah Penilaian Kompetensi yang baru,
berkualiti, sesuai dan diterima oleh semua pihak mengikut skim perkhidmatan
Bagi memberi panduan kepada isu-isu PTK, sdr/sdri diminta untuk memberi input-input berdasarkan
kepada perkara-perkara di bawah. Sekiranya terdapat pandangan-pandangan yang diluar dari
perkara tersebut pihak kesatuan amatlah mengalu-alukannya. Pandangan tersebut bolehlah sdr/sdri
emailkan kepada Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Semenanjung
Malaysia di kskmmalaysia@gmail.com atau tok_arai@yahoo.com atau hamran57@yahoo.com atau
(fax) 03-40239208 atau hubungi :
Presiden KSKM : 012-3817805; Setiausaha Agung : 012-6543746/018-2777991


Sila Download Lampiran A di sebelah ini : Download (Pdf) atau Download (Doc)


Friday, January 14, 2011

Tahniah Presiden Cuepacs .

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA TUAN HAJI OMAR HAJI OSMAN MENERIMA DARJAH SETIA BAKTI NEGERI SEMBILAN (DBNS) GELARAN DATUK

Media Cuepacs
14/1/2011



Presiden Cuepacs akan menerima Darjah Setia Bakti (DBNS) yang baru diwujudkan membawa gelana DATUK. Ia akan dianugerahkan pada 14 Januari 2011 Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Seri Menanti, hari ini.

Saturday, January 1, 2011

MAJLIS HI TEA SEPETANG BERSAMA KSKM 2010




Ucapan oleh Presiden KSKM Pusat En. Hamran

Ucapan Presiden Cuepacs Malaysia Tn. Hj. Omar Osman


Majlis Hi Tea Sepetang Bersama KSKM ini berlangsung di Hotel KL Internasional, Kuala Lumpur pada 31.12.2010. Majlis ini di hadiri oleh Presiden Cuepacs Malaysia Tn. Hj. Omar Bin Osman, Setiausaha Agung Cuepacs Malaysia, Exco Kanan Cuepacs, Presiden Cuepacs Malaysia, S/U Agung Kskm , Exco-exco KSKM Malaysia dan wakil-wakil Cawangan Negeri-Negeri.

Majlis ini bersempena dengan terpilihnya KSKM Malaysia sebagai Kesatuan Contoh Sektor Awam 2010 oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia sempena dengan Hari pekerja yang lalu
. Hadiah telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak.

Di Majlis ini juga berlangsung Penyampaian Anugerah Cawangan Cemerlang, Anugerah Cawangan Contoh dan Anugerah Khas.

Anugerah Cawangan Cemerlang :
KSKM Cawangan Negeri Perak.

Anugerah Cawangan Contoh :
KSKM Cawangan Negeri Melaka.

Anugerah Khas :
KSKM Cawaangan Wilayah Persekutuan.

Kskm Pusat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir di majlis tersebut. Tahniah juga kepada Cawangan-cawangan Negeri yang menunjukkan Kecemerlangan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk manfaat ahli-ahli.