Friday, March 4, 2011

MEMO SETIAUSAHA AGUNG KSKM MALAYSIA SIRI 1 DAN 2 /2011




OPTION TUKAR LANTIK PAP (BERTUGAS DI MAKMAL)

KSKM dalam perbincangan dengan pihak JPA (MBK Sains dan Teknologi) dan Mesyuarat Bersama KPM telah mengusulkan kertas kerja mengenai ‘Option Tukar Lantik’ Pembantu Am Makmal N1/N4 (bertugas di makmal sains). Walaupun perkara ini telah melalui beberapa siri perbincangan, perdebatan dalam mesyuart namun ‘semangat paperwork’ ini dirasakan boleh mencapai persetujuan dan mempunyai justifikasinya (pandangan KSKM) tersendiri. Bagi melengkapkan data/maklumat secara komprehensif dan kolektif dari semua pihak adalah diharapkan sdr/sdri (mewar-warkannya kepada rakan-rakan PAP) dan memberi input tersebut melalui Borang A yang dilampirkan pada atau sebelum 20 Mac 2011.
Sila Download borang tersebut di sebelah ini : Download (Pdf) atau Download (Doc)

Setelah lengkap sila kembalikannya kepada Kesatuan Sekerja kakitangan Makmal di email;
kskmmalaysia@gmail.com atau tok_arai@yahoo.com atau hamran57@yahoo.com atau
(fax) 03-40239208 atau hubungi :
Presiden KSKM : 012-3817805; Setiausaha Agung : 012-6543746/018-2777991
SILA HANTAR MAKLUMAT INI PADA ATAU SEBELUM 20 Mac 2011.



PENGGANTIAN KEPADA PTK


“Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan dan diganti
dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam
menjelang Jun 2011.”
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia
Pembentangan Bajet 2011
PTK dihentikan berkuatkuasa 1 Januari 2011
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13/2010
Sehubungan itu pihak KSKM diminta untuk memberi input kepada kaedah penilaian yang baru,
diterima baik oleh semua (AKS khususnya Pembantu Makmal), sesuai dengan gred dan perjawatan
Pembantu Makmal. Antara lain objektif KPM ialah;
mendapatkan maklum balas dan pandangan semua pihak yang terlibat berkaitan
Penilaian Kompetensi Anggota Khidmat Sokongan;
mencari penyelesaian isu berkenaan Penilaian Kompetensi yang boleh diterima oleh
semua pihak; dan
mendapatkan input ke arah membangunkan kaedah Penilaian Kompetensi yang baru,
berkualiti, sesuai dan diterima oleh semua pihak mengikut skim perkhidmatan
Bagi memberi panduan kepada isu-isu PTK, sdr/sdri diminta untuk memberi input-input berdasarkan
kepada perkara-perkara di bawah. Sekiranya terdapat pandangan-pandangan yang diluar dari
perkara tersebut pihak kesatuan amatlah mengalu-alukannya. Pandangan tersebut bolehlah sdr/sdri
emailkan kepada Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Semenanjung
Malaysia di kskmmalaysia@gmail.com atau tok_arai@yahoo.com atau hamran57@yahoo.com atau
(fax) 03-40239208 atau hubungi :
Presiden KSKM : 012-3817805; Setiausaha Agung : 012-6543746/018-2777991


Sila Download Lampiran A di sebelah ini : Download (Pdf) atau Download (Doc)


1 comment:

  1. Saya Norhajar bt Abd Hamid, (3569)saya telah berhenti menjadi ahli KSKM, surat mohon berhenti ini adalah kerana saya tidak lagi bertugas di makmal semenjak tahun 2000, kini saya juga telah bertukar ke sekolah sk kayan dan bertugas di pejabat,surat tersebut telah saya hantar kepada Pn.Khuzaimah Caw.Perak pada tahun 2005,apabila saya membuat semakan dengan Perkhidmatan Angkasa tahun lepas, saya dapati yuran bulanan masih ditolak di dalam gaji saya.Bila saya menghubungi Pn Khuzaimah beliau mengatakan beliau telah membawa kes saya ini ke pihak atasan tetapi sehingga hari ini saya masih tidak mendapat surat maklumbalas.Surat maklumbalas itu adalah untuk saya hantar ke Perkhidmatan Angkasa untuk memberhentikan potongan gaji saya. FROM Norhajar bin Abd Hamid..menumpang akaun ja ni

    ReplyDelete