Musim cuti persekolahan sudah bermula. Banyak perancangan kerja perlu dibuat dan dilaksanakan pada musim cuti ini samada kerja-kerja pengurusan stok dan keceriaan harus dilakukan oleh warga pelaksana makmal khususnya di sekolah. Inilah masanya untuk kita pertingkatkan kemahiran pengurusan di makmal sains. Tak perlu ditanya apa yang perlu dilakukan tetapi harus memikirkan apa yang belum, sedang dan akan dilaksanakan. Elakkan diri dari berada dalam kelompok fantasi atau melakukan kerja-kerja yang tak sepatutnya dilakukan. (Harap Faham apa maksudnya) Cuba ambil sedikit masa seketika untuk bercuti bagi menghilangkan rasa stress selepas 10 bulan 1 minggu 3 hari bekerja. Dan selepas pulang mulakan langkah dengan meningkatkan lagi prestasi dan 'muhasabah kerja' bagi baki 1 bulan setengah ini. Jadikanlah makmal-makmal kita yang sepatutnya dijadikan makmal supaya pelajar-pelajar kita tahun depan berasa kondusif dan teruja untuk berada DI MAKMAL dan menjalankan P & P dengan seronok. Musim-musin cuti beginilah sahabat-sahabat kita akan mula 'digeleparkan' dengan tugas-tugas yang tak sepatutnya dilakukan. Justeru Pihak kita telah dimaklumkan oleh Naziran Perjawatan KPM untuk mengenalpasti mana-mana lokasi yang telah mengalihkan 'core bznss' PM secara mandatori dan berterusan dari lokasi yang sepatutnya kita berada. Dengan kata lain mohonlah dapat kiranya Sdra/Sdri maklumlah kepada kita melalui email kita kskmmalaysia@gmail.com dan salin lah kepada tok_arai@yahoo.com. Kalau Sdr/Sdri ada berani terus sahaja respond di blog ini. SALAM MAAL HIJRAH DARI KAMI PEGAWAI KANAN KSKM
Terima kasih.
Terima kasih.
salam maal hijrah dari Hanif Menhad...
ReplyDelete