Wednesday, November 27, 2013

TERBARU - 28/11/2013



HEBAHAN URUSAN PENGAMBILAN PENYANDANG PEMBANTU AM PEJABAT (MAKMAL) GRED N1/N4 KE JAWATAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17
Daripada : Mohamad Amirul Faiz Bin Mohd Fozi
To Mehamran57@yahoo.comkskmmalaysia@gmail.com and 4 More...
Nov 27 at 3:54 PM
Tuan,
 Mohon pihak tuan untuk membuat hebahan seperti berikut
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pengambilan khas jawatan Pembantu Makmal Gred C17 bagi penyandang Pembantu Am Pejabat  (PAP) Gred N1/N4 yang pernah bertugas di makmal.
Calon akan dibahagikan mengikut zon berdasarkan tempat bertugas sekarang. Hanya calon yang layak sahaja akan dipertimbang untuk urusan temu duga ke jawatan Pembantu Makmal Gred C17. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
(a)        memenuhi syarat skim perkhidmatan Pembantu Makmal Gred C17 seperti berikut:
(i)    Warganegara Malaysia;
(ii)   Berumur tidak kurang 18 tahun;
(iii)  SPM  atau kelayakan setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Matematik atau salah satu subjek Sains; dan
(iv)  Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) peringkat SPM atau kelulusan setaraf dengannya.
(b)        mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman  bertugas di
      makmal (disahkan oleh ketua jabatan).

 
Sesi taklimat dan semakan dokumen kepada semua penyandang PAP Gred N1/N4 yang berkelayakan akan diadakan pada tarikh dan lokasi seperti berikut:

 BIL
NEGERI
ZON
LOKASI
TARIKH
MASA
1
Kelantan
Timur
Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Terengganu.
5/12/2013
7.30 Pagi
2
Terengganu
3
Pahang
4
Perlis
Utara
Akan dimaklumkan kemudian
11/12/2013
5
Kedah
6
Pulau Pinang
7
Perak
Perak
Akan dimaklumkan kemudian
12/12/2013
8
Johor
Selatan
Akan dimaklumkan kemudian
19/12/2013
9
Melaka
10
Negeri Sembilan
Tengah
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
Blok B3, Kompleks JPM, Putrajaya

20/12/2013
11
Selangor
12
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
13
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Dokumen ASAL yang perlu dibawa semasa sesi taklimat dan semakan dokumen adalah seperti berikut:
(a)  Kad Pengenalan;
(b)  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau setaraf
(c)   Sijil Berhenti Sekolah;
(d)  Sijil-sijil akademik (sekiranya ada);
(e)  Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun berturut-turut (2010,2011 dan 2012);
(f)    Pengesahan tempoh bertugas di makmal oleh Ketua Jabatan; dan
(g)  Surat Sokongan Permohonan dan Kebenaran menghadiri Temu Duga oleh Ketua Jabatan.
 Sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi urus setia di:

Bahagian Pengambilan Bukan Guru
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
' 03- 8871 7414/7415/7317

No comments:

Post a Comment