HEBAHAN
URUSAN PENGAMBILAN PENYANDANG PEMBANTU AM PEJABAT (MAKMAL) GRED N1/N4 KE
JAWATAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17
Daripada : Mohamad Amirul Faiz Bin Mohd Fozi
To Mehamran57@yahoo.comkskmmalaysia@gmail.com
and 4 More...
Nov 27 at 3:54 PM
Tuan,
Mohon pihak tuan untuk membuat hebahan seperti berikut
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia akan
melaksanakan urusan pengambilan khas jawatan Pembantu Makmal Gred C17 bagi
penyandang Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1/N4 yang pernah bertugas di
makmal.
Calon akan dibahagikan mengikut zon berdasarkan tempat
bertugas sekarang. Hanya calon yang layak sahaja akan dipertimbang untuk
urusan temu duga ke jawatan Pembantu Makmal Gred C17. Syarat kelayakan
adalah seperti berikut:
(a)
memenuhi syarat skim perkhidmatan Pembantu Makmal Gred C17 seperti berikut:
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang 18 tahun;
(iii) SPM atau kelayakan setaraf dengannya oleh
kerajaan serta lulus Matematik atau salah satu subjek Sains; dan
(iv) Lulus Bahasa
Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) peringkat SPM atau
kelulusan setaraf dengannya.
(b) mempunyai
sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bertugas di
makmal
(disahkan oleh ketua jabatan).
Sesi taklimat dan semakan dokumen kepada semua penyandang
PAP Gred N1/N4 yang berkelayakan akan diadakan pada tarikh dan lokasi seperti
berikut:
BIL
|
NEGERI
|
ZON
|
LOKASI
|
TARIKH
|
MASA
|
1
|
Kelantan
|
Timur
|
Institut Pendidikan Guru, Kampus
Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Terengganu.
|
5/12/2013
|
7.30
Pagi
|
2
|
Terengganu
|
||||
3
|
Pahang
|
||||
4
|
Perlis
|
Utara
|
Akan dimaklumkan kemudian
|
11/12/2013
|
|
5
|
Kedah
|
||||
6
|
Pulau Pinang
|
||||
7
|
Perak
|
Perak
|
Akan dimaklumkan kemudian
|
12/12/2013
|
|
8
|
Johor
|
Selatan
|
Akan dimaklumkan kemudian
|
19/12/2013
|
|
9
|
Melaka
|
||||
10
|
Negeri Sembilan
|
Tengah
|
Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
Blok B3, Kompleks JPM, Putrajaya |
20/12/2013
|
|
11
|
Selangor
|
||||
12
|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
|
||||
13
|
Wilayah Persekutuan Putrajaya
|
Dokumen ASAL
yang perlu dibawa semasa sesi taklimat dan semakan dokumen adalah seperti
berikut:
(a) Kad Pengenalan;
(b) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran
Malaysia Vokasional (SPMV) atau setaraf
(c) Sijil Berhenti Sekolah;
(d) Sijil-sijil akademik (sekiranya ada);
(e) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga tahun
berturut-turut (2010,2011 dan 2012);
(f) Pengesahan tempoh bertugas di makmal oleh Ketua Jabatan; dan
(g) Surat Sokongan Permohonan dan Kebenaran menghadiri
Temu Duga oleh Ketua Jabatan.
Sebarang
pertanyaan, tuan boleh menghubungi urus setia di:
Bahagian Pengambilan Bukan Guru
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Malaysia
' 03- 8871 7414/7415/7317