Monday, November 1, 2010

MEMO DARI SETIAUSAHA AGUNG KSKM MALAYSIA


MEMO SUA KPD BLOG KSKM MALAYSIA


Pada 14.10.2010 jam 2.00 petang KPM telah mengadakan mesyuarat dengan Kesatuan Bukan Guru di Putrajaya. KSKM telah diwakili oleh Sdra Hamran Haji Ahmad (Presiden), Sdra Mohd Fami Khamis (T. Presiden) dan Sdra Zainal Abu Hassan (Penolong Setiausaha Agung) manakala Sdra Ashaari Maarof (Setiausaha Agung) bermesyuarat dengan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) Sains dan Teknologi (JPA) di Intan Bukit Kiara pada tarikh dan waktu yang sama. Antara isu-isu yang dibincang peringkat Kementerian Pelajaran ialah :-






















ISU/PERKARA


MAKLUMBALAS KPM


1. Impak Norma Perjawatan Pembantu Makmal yang telah diluluskan oleh JPA mengakibatkan ketidakseimbangan pola perjawatan Pembantu Makmal. Akibatnya Pembantu Makmal yang sediaada terpaksa mengurus 2-3 makmal dengan bilangan kelas dan pelajar yang melebihi 1200 orang. Ini berikutan ada pentadbir di sekolah telah menarik keluar PAP di makmal sains.


KSKM memohon supaya :


(i) KPM mengeluarkan arahan bertulis kepada semua JPN dan PPD mengenai perubahan ini dan menangguhkan sementara pengeluaran PAP ini sehingga diisi oleh PM dilaksanakan.


(ii) Waran Perjawatan bagi penambahan PM dapat diselesaikan.


(iii) Bilangan PM yang ditempatkan di Makmal hendaklah mengambilkira dengan bilangan pelajar dan sesi pembelajaran (pagi/petang)


Surat kepada semua JPN telah dikemukakan pada 28 September 2010 memaklumkan penangguhan pengambilan PAPN1 di makmal memandangkan terdapat kemungkinan besar untuk pelaksanaan dasar penambahbaikan norma perjawatan Pembantu Makmal pada 2011





BPSM telah mengemukakan permohonan sebanyak 3,842 jawtan Pembantu Makmal C17/C22 melalui ABM (P) Tahun 2011 dengan peruntukan dari Perbendaharaan sebanyak RM33.93 juta. Walau bagaimanapun, pewujudan jawatan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat.


Cawangan (JN), BPSM



2. Mohon makluman bilangan perincian PM di sekolah Menengah dan Kolej Matrikulasi KPM


(i) Pihak kesatuan memohon kepada KPM untuk mendapatkan maklumat terperinci perjawatan pembantu makmal seluruh Malaysia mengikut Gred C17/C22/C26 dan negeri-negeri termasuk perjawatan (ABM) yang diluluskan oleh JPA.


Lihat Lampiran A


Seramai 314 orang PM C17 telah dinaikkan pangkat ke Gred C22 secara Time-based (KUP) pada tahun 2009 dan 6 orang bagi tahun 2010. Jumlah keseluruhan sehingga 30 September 2010 ialh seramai 320 orang.



3. Memohon untuk tidak ditukarkan PAP N1 di makmal sains yang menghampiri umur persaraan (3 tahun) semasa urusan pemansuhan jawatan PAP di makmal sains.


Pihak kesatuan memohon supaya;


(i) PAP N1 tidak ditukarkan sesuka hati oleh pentadbiran hingga menjejaskan prestasi kerja mereka. Bagi yang menghampiri umur persaraan berilah mereka peluang (option’ untuk bekerja di makmal sains; dan


(ii) Bagi PAP (dulunya atendan makmal) dan mempunyai kelayakan masuk SPM di beri peluang untuk ‘Option Tukar Lantik’ atau sekurang-kurangnya dipanggil temuduga bagi jawatan Pembantu Makmal Gred C17. Perkara ini telah di bawa ke MBK Sains dan Teknologi JPA.





(i) Urusan pemansuhan jawatan PAP N1 di makmal dilakukan secara berperingkat agar tidak mengganggu kelancaran pengurusan makmal. Sehubungan dengan itu Ketua Jabatan masing-masing boleh mengambil kira factor umur persaraan dalam urusan pemansuhan PAP N1 makmal ini.


(ii) Perkara ini boleh dipertimbangkan untuk dibincangkan dengan pihak SPP. Walau bagaimanapun KSKM diminta untuk menyediakan kertas cadangan yang lengkap.


Cawangan (P), BPSM



4. Memohon kelulusan penggunaan Buku Pengurusan makmal sains yang diterbitkan oleh pihak kesatuan serta justifikasi penggunaannya.


Antara buku-buku yang dibangunkan oleh pihak kesatuan ialah :-


(a) Buku Penerimaan Awal Makmal Sains – Merekod segala pembelian peralatan dan radas sains dalam satu kawalan.


(b) Buku Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja – Merekod segala kerja yang dilakukan oleh Pembantu Makmal dalam menjalankan tugasan seharian mereka di makmal sains khususnya dan sekolah/kolej amnya.


(c) Buku Persediaan Makmal – Merekod segala penyediaan ujikaji-ujikaji sains oleh guru-guru sebelum pengajaran dan pembelajaran sains di makmal-makmal.


(d) Buku Rekod Kerosakan Radas dan Peralatan – merekod segala peralatan yang rosak bagi tujuan pelupusan atau hapuskira (jika terlibat).







BPSM tiada halangan untuk pihak kesatuan menerbitkan buku-buku berkenaan dengan syarat tertakluk kepada peraturan kewangan semasa yang berkuat kuasa.



BPSM berpandangan bahawa dari aspek penyediaan Manual Prosedur kerja dan Fail Meja Pembantu Makmal hendaklah mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 tahun 1991 yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU



Cawangan (P), BPSM



5. Status Pembantu Makmal C11 (KUP) dan Lantikan sementara Pembantu Makmal Jabatan pelajaran Sabah.


Pihak kesatuan berpandangan :-


5.1 Bagi pegawai yang berstatus Pembantu Makmal Rendah (KUP) C11 ini perlu diberi pertimbangan/pengecualian khas untuk memasuki ke perkhidmatan Pembantu Makmal Gred C17 kerana bilangan mereka ini tidak ramai. Selain itu perlulah mengambil kira perkhidmatan mereka ini yang setia dan lama dalam perkhidmatan kerajaan.


5.2 Status Pembantu Makmal Rendah sementara perlulah dihapuskan dengan memberi ruang kepada mereka untuk menjawat jawatan tetap kerana mereka ini telah berada terlalu lama dalam perkhidmatan sementara. Mohon kepada pihak Kementerian Pelajaran dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran mengambil pertimbangan khas bagi kes ini.






Urusan pertukaran status daripada sementara kepada tetap adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Melantik iaitu SPP. Sehubungan dengan itu pihak KSKM bolehlah mengemukakan kertas permohonan terperinci ke Kementerian ini agar dapat dibincangkan dengan pihak SPP selanjutnya.

4 comments:

  1. Semoga apa yang diperbincangkan ini akan menjadi realiti bukan fantasi.

    ReplyDelete
  2. Tahniah...5 perkara yang telah dititikberatkan...semoga sukses......

    ReplyDelete
  3. semoga apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan segera..

    ReplyDelete
  4. tqvm...smga yg di usulkn terlaksana..

    ReplyDelete