السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
K
|
ami Pegawai-pegawai kanan KSKM ingin
mengucapkan salam Ramadan dan Selamat Hari Raya AidilFitri dan Maaf Zahir Batin
kepada semua pembaca-pembaca blog ini khususnya ahli KSKM dan Pembantu Makmal
amnya (yang belum jadi ahli). Semoga kehadirannya akan memberi impak positif kepada diri dan kehidupan KITA, Juga
dikurnikaan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan seterusnya memperolehi
kesejahteraan serta kebahagian dalam kehidupan.
S
|
esungguhnya tahun 2013 ini adalah merupakan
tahun cabaran kepada kita dengan beberapa perubahan yang telah dan akan dilalui
khususnya hal-hal perkhidmatan, perjawatan dan kerjaya Pembantu Makmal (PM)
khususnya dan penjawat awam amnya. Antaranya yang boleh dikhabarkan disini ialah
ahli KSKM yang berjawatan PAP N1/N4 yang telah bertugas di makmal sains (kini
ramai yang telah dimobilisasikan hingga ke SK) yang telah ditawarkan ke jawatan
PMC17 seramai 212 orang (sebahagiannya bukan ahli). Ramai di kalangan
rakan-rakan PAP N1/N4 kita yang tidak mempunyai SPM tidak berpeluang untuk menjawat
jawatan PMC17 disebabkan pihak SPP tidak dapat memperakukannya kerana ketiadaan
SPM. Namun begitu KSKM sekali lagi terus melalui MBK S & T dan KPM melampirkan
seramai 571 calon-calon ini untuk diberi tawaran Option Tukar Lantik atau
dengan kata lain memohon untuk mendapatkan ‘Tukar Ganti Lama Perkhidmatan’ di makmal
sains (15 tahun ke atas) dengan kelayakan SPM. Harapan kita penutup 2013 ini
akan memberi harapan kepada rakan-rakan PAP N1/N14.
K
|
ealpaan , ketidakperihatinan atau mungkin
terlepas pandangan oleh pihak pentadbir sekolah, kolej dan IPG menyebabkan 62
orang PMC17 terlepas untuk menikmati KUP pada masa genapnya perkhidmatan mereka
15 tahun. Info yang kami terima minggu lepas (26.7.2013) seramai 62 orang ini
telahpun diluluskan KUPnya. Kini surat tawaran tersebut telahpun dikeluarkan
dan harapan kita ianya selesai Ogos/September ini. Sesungguhnya setiap
perjuangan tidak semestinya boleh diperolehi dalam jangkamasa yang pendek atau
diterima secara tiba-tiba tetapi ianya memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.
Justeru, beberapa perubahan ataupun pengumuman dijangka berlaku pada bulan
Oktober/November 2013 ini berhubung dengan skim perkhidmatan dan elaun
kakitangan awam berikutan kajian semula 81 skim perkhidmatan sedang
ditambahbaik walaupun beberapa insentif seperti kenaikan KGT diawalkan dan
Bayaran Khas RM500 yang telah dan bakal dilaksanakan. Apa yang penting kita
harus bersyukur, istiqamah dan berterima kasih kepada kerajaan atas kurniaan
ini.
M
|
asa depan perkhidmatan Pembantu Makmal harus menjadi
satu agenda yang perlu kita fikirkan bersama. Untuk itu bagi memantapkan KSKM penubuhan
Yayasan Kumpulan Makmal Sains [YKMS] yang dilhamkan akan diwar-warkan ke seluruh
pelusuk kedudukan setiap Pembantu Makmal di bumi Malaysia ini yang berjumlah
hampir 10,000 orang menjelang tahun 2014. Aspek latihan, pendidikan, kebajikan
agama dan sosial akan menjadi teras kepada agenda YKMS. Apa yang penting
KERJASAMA yang KUKUH, dan PERPADUAN, akan menjadi asas KEMAJUAN untuk semua.
KERJASAMA, KUKUH,
MAJU
Ikhlas dari Pegawai-pegawai Kanan KSKM
Kuala Lumpur.