Wednesday, August 25, 2010

BONUS RAYA BUAT 1.2 JUTA PENJAWAT AWAM



DUIT RAYA

Berita Harian
2010/08/26




PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 SyawalKUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal. Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan. Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan. Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu. Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya. Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara. Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

Monday, August 16, 2010

PEKERJAAN SEPARUH MASA

MEKANISME BENARKAN PEKERJA LAKUKAN KERJA SEPARUH MASA PERLU KAJIAN TELITI - CUEPACS

Bernama
17/8/2010



PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Mekanisme yang membenarkan petugas dalam sektor awam dan swasta bekerja separuh masa mulai 1 Okt tahun ini perlu dikaji dengan teliti bagi memastikan produktiviti dan prestasi pekerja tidak terjejas.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata kebenaran itu akan memberi manfaat besar kepada golongan pekerja khususnya kakitangan awam kerana berpeluang menambah pendapatan mereka, tetapi ia perlu dikaji daripada segenap aspek agar tidak memberi masalah di kemudian hari.

Keputusan itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi produktiviti dan prestasi pekerjaan sebenar petugas terbabit, apatah lagi jika mereka memperoleh pendapatan yang lebih lumayan dalam kerja separuh masa itu berbanding gaji yang diperoleh daripada pekerjaan tetap, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa di Sri Perdana di sini Isnin malam.

Beliau diminta mengulas pengumuman Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam hari ini bahawa lebih satu juta pekerja sektor awam dan swasta akan dibenarkan melakukan kerja separuh masa selepas peraturan baru mengenainya siap digubal dalam masa dua bulan lagi.

Omar berkata tindakan itu perlu disusuli dengan pemerhatian teliti dalam segenap aspek, termasuk perlindungan ke atas pekerja sewaktu melakukan kerja separuh masa berkenaan.

"Kita nak tahu, sekiranya kakitangan awam ini ditimpa kemalangan sewaktu sedang melakukan kerja separuh masa, adakah mereka tertakluk dalam insurans dan pampasan oleh majikan sebenar atau majikan separuh masa mereka," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan Cuepacs meminta agar kerajaan memberi bantuan kewangan kepada penjawat awam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Omar berkata perkara itu telah pun dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya telah sampaikan kepada Perdana Menteri tadi, meminta jasa baik kerajaan untuk memberi pendahuluan berjumlah RM1,000 hingga RM1,500 kepada kakitangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Seperti yang diketahui, gaji pada bulan Ogos telah digunakan untuk persiapan menyambut Ramadan, justeru sedikit bantuan kewangan amat diperlukan bagi membolehkan persiapan lebaran dilaksanakan dengan sempurna," katanya.

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN 1431




Presiden dan semua Exco KSKM Malaysia mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini Ramadhan Al-Mubaraq.

Wednesday, June 30, 2010

URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU MAKMAL GRED C 22 KE GRED C 26 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2010




Sukacita dimaklumkan bahawa KPM akan mengadakan urusan pemangkuan Pembantu Makmal Gred C22- Gred C26 di Semenanjung Malaysia bagi Tahun 2010. Pembantu makmal Gred C22 di bawah Perkhidmatan Pendidikan yang telah memenuhi syaray-syarat kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan Pembantu Makmal adalah dipelawa untuk memohon dalam urusan pemangkuan pada kali ini.

Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Cik Siti Khatijah binti Johnidi di talian 03-88847849 03-88847849 .
atau layari www.moe.gov.my/bpsm

Sunday, June 27, 2010

URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU MAKMAL GRED C 17 KE GRED C 22 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2010



Salam buat semua rakan2. PM ku se Malaysia

Maaf lambat reply coz bz tgh wat paperwork untuk mesyuarat pada Julai 2010 nanti. Untuk makluman sdra/sdri. saya telah ke KPM pada 4 Mei dan mendapat makluman bahawa C26 akan kluar tak lama lagi. Tut..Tut Pada awal Jun pihak KPM telah membuat siaran bagi pemangkuan C22 melalui website www.moe.gov.my/bpsm Melihat kpd tempoh yang disyarat khusus dalam pemangkuan tersebut saya dapati mereka (PMC17) yang dilantik sebelum atau pada 31 Disember 2003 layak utk memohon.
Berbanding 'exercise" pemangkuan C22 sebelum ini iaitu 31 Disember 1996. Ini menunjukkan.... dari tempoh tersebut ke tarikh 31.12.2003 (7 tahun) akan ada ramai PM akan memohon jawatan pemangkuan ini. tetapi apabila melihat bilangan kekosongan (38 kekosongan) mungkin mereka akan berfikir 2 kali. NASIHAT SAYA...sdra/sdri mestilah memohon..jangan fikir negatif. Saya berkeyakinan sekiranya norma perjawatan (135 C22) diluluskan warannya..pasti kelompok ini akan ditawarkan dalam 'exercise' ini. Adalah lebih baik kita CUBA MEMohon daripada tidak memohon. Bimbang nanti jika ada sebarang perubahan/penambahbaikan bagi pemangkuan ini..kita akan menyesal... soal 'penalty' yg tersurat dalam surat tersebut biar saya uruskan esuk (24.6) bersama Presiden kita (SDRA HAMRAN HJ AHMAD). Kebetulan esuk kami (CUEPACS) ada mesyuarat dgn JPA bersama Tan Sri KPPA dPutrajaya. Setelah selesai nanti kami akan singgah di KPM. Insyallah. Doakan yang terbaik. Bagi C26 nanti akan kami tanya pegawai KPM esok....


Ashaari Maarof
Setiausaha Agung KSKM

Thursday, June 24, 2010

TAKLIMAT MAJLIS TERTINGGI CUEPACS BERSAMA TAN SRI KPPA PADA 24.06.2010


S/U Agung KSKM Pusat sedang mendengar taklimat dari Tan Sri KPPA.

Presiden KSKM Pusat sedang mendengar Taklimat

Presiden Cuepacs turut serta di dalam taklimat tersebut
Bergambar beramai bersama Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan Tan Sri KPPA