Wednesday, September 12, 2012
Tuesday, August 28, 2012
SALAM AIDIL FITRI
DARI PEGAWAI-PEGAWAI TERTINGGI KSKM
Pegawai-pegawai TERTINGGI
KSKM dan Pegawai-pegawai Kanan di peringkat Cawangan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Semoga tahun Hijrah
1433 -1434 pada tahun 2012 ini akan menjadikan kita sebagai insan yang bertakwa,
istiqamah dan mengasihani sesama insan. Dengan kehadiran bulan-bulan yang
mendatang kita harapkan beberapa perubahan ke arah kebaikan samada dalam
perjawatan dan perkhidmatan kita akan memberi impak positif dalam bidang
pekerjaan kita.
Apa yang penting KERJASAMA kita tetap KUKUH dan
bertambah MAJU. Tiada jalan singkat untuk sampai ke sesuatu destinasi, tiada
tuntutan boleh diperolehi serta merta tetapi perjalanan dan perjuangan tetap
melibatkan masa dan ‘langkah demi langkah’ demi menuju matlamat bersama.
Buangkan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri sebaliknya tanamkan
sifat-sifat mahmudah barulah nanti kita akan dihormati samada kawan atau lawan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan
Batin.
Ikhlas
dari, Pegawai-pegawai Tertinggi dan Majlis Jawatankuasa Agung
Monday, April 16, 2012
TEMUDUGA KHAS PAP KEPADA PEMBANTU MAKMAL C17 OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP).


Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Majlis Tertinggi KSKM Pusat mengucapkan Tahniah buat semua yang layak dipanggil temuduga, semoga berjaya.
Saturday, March 10, 2012
Friday, December 23, 2011
PERJUMPAAN DIANTARA JPA DAN CUEPACS DI PUTRAJAYA PADA 23.12.2011 JAM 9.00 PAGI

MAKLUMAT TERKINI DARI MEETING CUEPACS & JPA 9.00 Pagi tadi :
1. JPA berjanji akan mengkaji semua Gred 17 hingga 22 secara menyeluruh.
2. Option Persaraan mesti dihantar sebelum 30.12.2011.
3. Semua di minta tandatangan Option Persaraan itu.
4. Cuepacs dilantik sebagai Pemerhati dalam panel dan markah prestasi 60% bukan lagi 70% kebawah.
5. Perbincangan diantara Cuepacs dan JPA 3 bulan sekali.
6. Sain Option SBPA dilanjutkan ke 15 Januari 2012.
KEPUTUSAN UNDI PEMILIHAN PEGAWAI KANAN KSKM PUSAT SESI 2011-2013
Keputusan Pertandingan Jawatan Pegawai Kanan KSKM sempena Persidangan
a) Presiden: Hamran Ahmad (1,025) dan Anita Nor (90), undi rosak 5
b) Timb Presiden: Fahmi Khamis (581), Anita Nor (290), Zaki Hussain Che Kadir (234), Chan Baba (76), Undi rosak 5
c) Setiausaha: Ashaari Maarof (1032), Azahani Salleh (79) undi rosak 3
d) Penolong SU: Zainal Abu Hasan (785), Anita Nor (340), undi rosak 3
e) Bendahari: Wan Nasir Wan Khalid (899), Sueb Tulus (221), undi rosak 7
Perwakilan Kali ke-11 2011 di Hotel Carlton Holiday Hotel, Shah Alam.
a) Presiden: Hamran Ahmad (1,025) dan Anita Nor (90), undi rosak 5
b) Timb Presiden: Fahmi Khamis (581), Anita Nor (290), Zaki Hussain Che Kadir (234), Chan Baba (76), Undi rosak 5
c) Setiausaha: Ashaari Maarof (1032), Azahani Salleh (79) undi rosak 3
d) Penolong SU: Zainal Abu Hasan (785), Anita Nor (340), undi rosak 3
e) Bendahari: Wan Nasir Wan Khalid (899), Sueb Tulus (221), undi rosak 7
PERSIDANGAN DWI TAHUNAN KSKM PUSAT KALI KE 11 @ HOTEL CARLTON HOLIDAYS, SHAH ALAM 16 - 18 DISEMBER 2011
Gambar Ehsan : Hasrin Zakaria
SBPA: " TUNGGU SEHINGGA KAMI JUMPA PM"
Utusan Malaysia
18/12/2011
18/12/2011
SHAH ALAM 17 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan skim baru itu.
Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti, pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.
"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.
"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari ini.
SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.
Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.
"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai dengan markah yang baik setiap tahun.
"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya," jelasnya.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.
Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.
"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


